Followers

Download Tentang Dhia Full Episode

  • 0

Tentang Dhia akan menggantikan Soffiya. Difahamkan drama ni bertajuk Zikir Buat Dhia,mungkin saat akhir tukar kot jadi Tentang Dhia. Episod pertama bermula 9 Nov 2011 dan seperti biasa 7.00 mlm Isnin hingga Khamis.



Pelakon
Adi Putra (Zikir), Nora Danish (Dhia), Ako Mustapha (Azmi), Izreen Azminda (Melly), Irfan Roslan (Raffi), Tasha Shilla (Rose), Puteri Sarah (Zetty)

Sinopsis
Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?

Lagu Tema
Dia Untuk Ku - Adi Putra (Download)
Download
Total 30 episod

Episod 30 (File video shja .flv, 140mb)
Episod 30 - 29 Dis (Akhir) 101mb, file video 97mb + mp3 lagu tema
Episod 29 - 28 Dis (Melly dan Azmi tunang)
Episod 28 - 27 Dis
Episod 27 - 26 Dis (Nenek dan Mak Dhia meninggal)
Episod 26 - 22 Dis (Petom request jgn letak spoiler ;-) xsurprise
Episod 25 - 21 Dis (Melly taubat, Dhia tertekan belum dpt anak)
Episod 24 - 20 Dis (Dhia keguguran, Melly koma, Tok Boon 'noktah')
Episod 23 - 19 Dis (Dhia dah tau keje jahat Mak Zikir)
Episod 22 - 15 Dis (Mak Dhia nak bunuh Mak Zikir)
Episod 21 - 14 Dis (Mak Zikir sakit)
Episod 20 - 13 Dis (Dhia mengandung)
Episod 19 - 12 Dis (Emak Zikir kantoi)
Episod 18 - 08 Dis (Ayah Dhia meninggal)
Episod 17 - 07 Dis (Zikir dan Dhia kawin)
Episod 16 - 06 Dis (dhia mati hidup semula..)
Episod 15 - 05 Dis 
Episod 14 - 01 Dis
Episod 13 - 30 Nov
Episod 12 - 29 Nov
Episod 11 - 28 Nov
Episod 10 - 24 Nov
Episod 09 - 23 Nov
Episod 08 - 22 Nov
Episod 07 - 21 Nov
Episod 06 - 17 Nov
Episod 05 - 16 Nov
Episod 04 - 15 Nov
Episod 03 - 14 Nov
Episod 02 - 10 Nov | video online
Episod 01 - 09 Nov | video online

No comments: